Saturday 11 June 2016

Permulaan sebagai blogger.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

     Ucapan pertama yang aku ingin ungkapkan ialah terima kasih kepada pengunjung blog ini.. 

    Permulaan penulisan blog kerana mempunyai minat mendalam terhadap sejarah dan ingin berkongsi apa-apa sahaja pandangan dan pendapat. Aku tertarik untuk membuat "blog" apabila aku mula menyelami dan mempelajari sejarah secara mendalam. Aku percaya pada kata -kata hikmat "lagi banyak kita belajar, kita akan sedar lagi banyak yang kita tidak tahu".  

     Permulaan penulisan blog oleh seorang srikandi yang sejak akhir-akhir ini juga menyedari bahawa dalam hidup ini banyak lagi perkara yang tidak lengkap akan kehidupan ini. Mengimpikan kejayaan sesuatu yang tidak pasti dan dalam masa yang sama ingin menjadi yang terbaik kepada orang tuanya.

     Permulaan penulisan blog oleh seorang srikandi yang mula menyedari pengalaman dan rintangan setiap insan adalah berbeza. Seorang srikandi yang mula merasai bahawa makin lama kita mendewasa maka makin besarlah ujian olehNya. Tapi, aku percaya Itu petanda bahawa Allah tidak ingin kita jauh darinya. Kita perlu percaya bahawa rintangan dan ujian ini pasti ada kejayaan lain akan diberikan

Wassalam.











Sunday 20 March 2016

Assalamualaikum and Good Morning.

21/3/2016 2.25 am.

i would like to update about history soon.